Saturday, November 14, 2009

FIJI

1.0 LATAR BELAKANG FIJI

Republik Kepulauan Fiji yang juga dikenali sebagai Matanitu ko Viti oleh masyarakat tempatannya adalah sebuah negara kepulauan di selatan Lautan Pasifik. Negara ini terletak di bahagian Garis Lintang iaitu kira-kira 15° S sehingga 22° S dan garis bujur pula adalah pada kedudukan 175° T sehingga 177° B. Negara ini juga berkedudukan kira-kira 1,100 batu dari New Zealand, 1,500 batu dari Utara-Timur Australia dan 2,765 batu dari barat daya Hawaii. Meyingkap kembali sejarahnya, Kepulauan Fiji dikatakan telah pun dihuni semenjak 3,500 tahun dahulu oleh masyarakat Melanesia dan Polinesia dan dianggarkan mempunyai kira-kira 320 buah pulau, 840 pulau-pulau kecil dan termasuklah dua buah pulau terbesarnya iaitu Viti Levu dan Vanua Levu. Viti Levu ataupun digelar sebagai “Great Fiji” pula, dianggarkan berkeluasan kira-kira 10,386 km persegi dan di bahagian inilah terletaknya Suva iaitu merupakan ibu negara Fiji. Suva merupakan salah satu daerah Fiji yang paling padat yang mana terdiri daripada kota-kota pantai dan juga lembangan sungai yang memiliki tanah yang subur serta sesuai untuk kegiatan pertanian. Selain itu, terdapat beberapa wilayah lain yang terangkum dalam republik tersebut iaitu Naitasiri, Namosi Rewa, Serua dan Tailevu yang terletak di bahagian tengah. Daerah-daerah lain seperti Kadavu, Lau, Lomaiviti dan Rotuma pula berada di bahagian timur Fiji dan di bahagian utara kepulauan tersebut pula merangkumi beberapa daerah seperti Bua, Cakaudrove dan Macuata. Sementara wilayah-wilayah lainnya seperti Ba, Nadroga-Navosa dan juga Ra pula berada di bahagian barat kepulauan tersebut. Vanua Levu pula keluasannya adalah lebih kecil berbanding dengan Viti Levu iaitu hanya seluas 5,535 km persegi.

Walaupun kepulauan ini memiliki ratusan buah pulau-pulau kecil, sederhana dan besar, namun hanya satu pertiga atau kira-kira 150 buah pulau sahaja yang berpenghuni. Pulau Rotuma yang letaknya kira-kira 386 km persegi iaitu 240 batu di sebelah barat laut Fiji dan berkeluasan seluas 17 batu persegi juga termasuk dalam kelompok Kepulauan Fiji apabila pulau tersebut diisytiharkan menjadi sebahagian daripada wilayah Fiji pada tahun 1981. Hal ini telah menjadikan keluasan keseluruhan republik tersebut adalah dianggarkan berjumlah kira-kira 18,270 km persegi atau 7,054 batu persegi. Orang yang mula-mula menemui Pulau Rotuma ialah Quiros, iaitu orang Eropah dan menamakan pulau tersebut sebagai Tuamaco. Kemudian pulau tersebut dinamakan pula sebagai Grenville Island oleh Kapten Edwards yang menemuinya selepas Quiros. Pulau utama Fiji adalah bergunung-ganang dan berasal daripada gunung berapi. Ia dikelilingi oleh terumbu karang yang berbahaya. Pulau pasir dan lumpur yang dihakis oleh sungai berabad-abad lamanya telah terbentuk di atas sesetengah terumbu karang. Tempat yang paling tinggi ialah Gunung Tomanivi, iaitu setinggi 1323 meter. Hampir 30 puncak yang lain mempunyai ketinggian lebih 910 meter. Kepulauan ini sememangnya terkenal dengan keindahan semulajadi yang menarik dan menjadi tempat pelancongan serta sumber janaan ekonomi yang utama selain daripada industri gula.

Iklim bagi kepulauan Fiji pula adalah tropika iaitu panas dan lembap dengan suhu purata sepanjang tahun yang dicatatkan adalah sekitar 16° hingga 32° C atau 60° hingga 90° F. Tambahan pula, Fiji terletak di laluan angin barat tenggara yang hampir sepanjang tahun membawa hujan lebat ke pantai timur dan selatan. Bulan Februari dan bulan Mac merupakan bulan yang yang paling lembap manakala iklim pada musim sejuk adalah sangat kering. Hujan tahunan di Suva lebih daripada 300cm sementara Lautoka di barat laut pulau yang sama hanya menerima hujan 180cm. Suhu Suva berjulat daripada 30° C pada bulan Februari hingga 20° C pada bulan Ogos. Selain itu, bahasa rasmi Fiji adalah bahasa Inggeris dan digunakan di sekolah namun negara ini juga mempunyai dua bahasa utama, iaitu bahasa Fiji dan Hindi. Bahasa Fiji dikaitkan dengan bahasa Polinesia. Sesetengah huruf disebut secara yang berlainan dalam bahasa Fiji. Misalnya, nama Cakobau, iaitu ketua Fiji yang terkenal disebut thakombau. Terdapat juga sesetengah buku tentang Fiji yang dicatat untuk digunakan di luar negara menggunakan ejaan fonetik.

Kepulauan ini telah ditemui oleh penjelajah Belanda, iaitu Abel Tasman ketika beliau berusaha menjejak benua Selatan Besar atau juga dikenali sebagai Terra Australis pada tahun 1643. Hal ini disusuli pula oleh beberapa penjelajah yang lain iaitu Kapten James Cook pada tahun 1774, Charles Wilkes yang pada ketika itu mengetuai ekspedisi pelayaran Amerika selama tiga bulan dalam tahun 1884, Wilson dan juga Kapten Bligh. Walau bagaimanapun sekitar abad ke-19, barulah orang-orang Eropah tiba di kepulauan tersebut dan menetap di sana secara kekal. Pada 10 Oktober 1874 pula, berikutan dengan penyerahan The Deed of Session, maka Kepulauan Fiji telah jatuh ke tangan Great Britain dan kemudiannya dijadikan sebagai sebahagian daripada tanah jajahan negara Eropah tersebut. Fiji telah mengalami banyak masalah dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British. Selepas mencapai kemerdekaan, wujud pula peristiwa rampasan kuasa oleh pihak tentera bagi menjatuhkan kerajaan demokrasi British sebanyak dua kali pada tahun 1987. Akibat daripada kedua-dua kudeta ini maka sistem monarki Britain telah dihapuskan. Gabenor General telah digantikan dengan seorang Presiden bukan eksekutif dan nama negara ditukar dari Sovereign Democratic Republic of Fiji menjadi Republic of the Fiji Island.

Pada asalnya, kepulauan ini digelar sebagai Viti yang mana menurut penduduk Austronesian bermaksud “timur” atau “matahari terbit”. Etnik Fiji pula menggelarkan diri mereka sebagai Kai Viti yang bermaksud “penduduk Viti”. Republik Kepulauan Fiji merupakan salah sebuah negara multietnik atau berbilang bangsa iaitu terdiri daripada beberapa etnik seperti peribumi Fiji, Indo-Fiji, Eropah, Rotuman, Cina, Banaban dan sebagainya. Menurut Martha Kaplan dalam artikelnya yang berjudul Discourses Agaist Democracy in Fiji, Past and Present, sejak akhir kurun ke-19 lagi, Fiji telah menjadi sebahagian daripada kolonial Eropah dan kemunculan kuasa kolonial ini telah mewujudkan lebih daripada tiga hingga empat kumpulan etnik utama. Kumpulan yang pertama dikenali sebagai Indigenous Fijian atau peribumi Fiji yang mendakwa mereka adalah kumpulan etnik yang berketurunan atau berasal daripada sekitar kepulauan Pasifik. Mereka berkulit gelap dan berambut kerinting. Hampir kesemuanya adalah penganut agama Kristian, iaitu fahaman Kristian Methodist. Indo-Fijians pula merupakan kumpulan masyarakat yang berasal dari Asia Selatan yang kemudiannya memasuki Kepulauan Fiji untuk bekerja dalam sektor perladangan semasa zaman kolonial British. Kira-kira 80 orang bagi setiap 100 orang India beragama Hindu dan yang lain beragama Islam. Kumpulan yang seterusnya pula adalah golongan kolonial British yang merupakan kumpulan pentadbir, mubaligh, peneroka, peniaga atau pedagang dan ada sebahagian daripada kumpulan ini juga memasuki Fiji melalui New Zealand dan Australia. Akibat daripada kepelbagaian etnik ini maka timbullah pelbagai masalah yang berkaitan terutamanya apabila golongan migrasi tersebut mula mencampuri serta melibatkan diri secara aktif dalam aspek ekonomi dan juga politik di negara berkenaan.

2.0 PROSES PENGUBALAN SEMULA KONSTITUSI FIJI

2.1 Sekatan ke atas Imigran India

Menyingkap peristiwa yang berlaku suatu ketika dahulu, masyarakat Indo-Fiji memasuki kepulauan Fiji melalui suatu sistem yang dikenali sebagai Indenture Contract atau sistem kontrak. Sistem ini telah menyebabkan ramai buruh yang dibawa masuk untuk bekerja di sektor perladangan. Di bawah sistem ini, buruh-buruh yang di bawa masuk akan diwajibkan serta terikat untuk bekerja di bawah kerajaan British bagi sektor perladangan misalnya tebu, teh, kopi, kapas dan juga nanas bagi tempoh lima tahun dan selepas tamatnya kontrak tersebut, golongan ini akan dibebaskan dan diberi pilihan sama ada untuk pulang semula ke kampung halaman atau menyambung kembali kontrak terbabit.[1]

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada berlakunya kemasukan imigran India ke Fiji. Pertama, kemasukan golongan imigran luar ini kononnya adalah perlu dilakukan oleh pihak British bagi melindungi masyarakat asli Fiji daripada dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu. Kedua, pihak British dikatakan tidak mahu mengambil penduduk tempatan untuk bekerja sebagai buruh atas alasan mereka mahu mengekalkan cara hidup tradisional kaum peribumi. Tambahan pula, masyarakat Fiji bukan bekerja sebagai petani tetapi mereka bekerja sebagai nelayan. Ketiga, pengambilan buruh-buruh ini juga didorong oleh pengalaman lalu dan kejayaan Sir Arthur Gordon sendiri yang telah mengendalikan dan mengambil imigran India untuk bekerja di Guiana, Mauritius dan Trinidad.[2]

Seterusnya, pengambilan kuli-kuli dari India juga disebabkan oleh kadar upah buruh yang jauh lebih murah berbanding dengan kadar upah penduduk tempatan itu sendiri.[3] Kelima, tidak dinafikan juga bahawa imigran India turut mempunyai pengalaman dalam sektor pertanian di tempat asal mereka. British menyifatkan bahawa orang India merupakan golongan yang sesuai untuk diambil bekerja sebagai kuli di ladang-ladang kerana mereka merupakan kumpulan etnik yang boleh bekerja dengan baik, memiliki daya ketahanan tubuh badan yang kuat, senang untuk direkrut dan apa yang lebih pentingnya pekerja India ini dikatakan lebih patuh menerima arahan serta senang dikawal.

Kemasukan buruh India yang pertama ke Fiji melalui sistem tersebut adalah pada tanggal 14 Mei 1879 yang menyaksikan seramai 498 orang imigran India dibawa dari Calcutta melalui Leonidas. Sebelum imigran tersebut di bawa masuk ke Fiji, pihak British terlebih dahulu akan memberi penerangan berkenaan dengan kontrak tersebut kepada semua bakal buruh yang ingin bekerja di Fiji. Hal ini penting bagi membolehkan bakal buruh ini memahami setiap syarat yang termaktub di dalam kontrak tersebut dan juga untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah yang mungkin wujud di kemudian hari. Selepas itu, buruh-buruh tersebut didaftarkan di bawah bidang kuasa majistret tempatan. Kesemua imigran itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum pendaftaran dan juga sekali lagi sebelum mereka berlayar ke Fiji.[4]

Sistem kontrak ini masih diguna pakai sehingga tahun 1916 yang menyaksikan seramai 60,537 orang buruh India telah dibawa dalam tempoh tersebut. Buruh-buruh ini diperoleh dari sekitar negara India yang terdiri daripada latar belakang, keturunan, kasta, agama seperti Sikh, Hindu dan Muslim serta tidak terkecuali bahasa yang berbeza. Dikatakan, kira-kira 85 peratus daripada jumlah yang bermigrasi ke Fiji adalah beragama Hindu.[5] Selain melalui sistem kontrak, ada juga orang India yang bermigrasi ke Fiji atas inisiatif sendiri dan tidak melalui sistem tersebut walaupun pada sebelum sistem kontrak tersebut dimansuhkan.

Kemasukan imigran India ini telah membawa perubahan yang ketara ke atas corak demografi Fiji. Jika sebelum ini, Fiji hanya terdiri daripada masyarakat peribumi dan orang Eropah namun apabila kedatangan buruh-buruh dari India ini telah mengakibatkan pertambahan corak populasi dan etnik di Fiji.[6] Walaupun pada peringkat awalnya, jumlah populasi India hanyalah sedikit sahaja namun beberapa tahun kemudian jumlah tersebut semakin lama semakin meningkat akibat daripada kebanjiran migrasi tersebut dan percambahan ini kemudiannya telah menyebabkan mereka mula mendominasi populasi Fiji dan sekaligus menyebabkan populasi peribumi Fiji menjadi semakin rendah peratusannya.

Sekitar tahun 1916, sistem kontrak telah dimansuhkan oleh kerajaan British oleh sebab-sebab tertentu. Walaupun pemansuhan sistem tersebut dikatakan bermula pada tahun 1916, akan tetapi kontrak tersebut secara rasminya terbatal beberapa tahun kemudian iaitu sekitar tahun 1920-an apabila semua pekerjanya menamatkan kontrak seperti yang terkandung dalam perjanjian sebelum ini. Biarpun sistem tersebut dimansuhkan, tetapi nampaknya hampir separuh daripada buruh-buruh India yang bekerja di Fiji enggan pulang ke kampung halaman masing-masing dan ironinya mereka masih mahu menetap di negara tersebut atas alasan bahawa mereka tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pulang ke India. Kesan daripada pemansuhan ini telah mengakibatkan masyarakat India yang pada ketika itu berjumlah lebih daripada 38 peratus telah dibebaskan dan sudah tidak terikat dengan sistem tersebut lagi.

2.2 Kemerdekaan Fiji dari Britain

Kepulauan Fiji telah jatuh ke tangan British sebagai koloni pada tahun 1874. Fiji telah mengalami banyak masalah untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British. Namun begitu, pemimpin-pemimpin Fiji tidak pernah jemu untuk terus melakukan usaha bagi mewujudkan pemerintahan sendiri. Antaranya, pada awal bulan Januari 1963, Setiausaha Rendah Tanah Jajahan iaitu Nigel Fisher telah melakukan lawatan ke Fiji dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah serta menenangkan perasaan kedua-dua kaum majoriti (Indo-Fiji dan peribumi Fiji). Selain itu, beliau juga ingin mengkaji tentang kemungkinan bagi Fiji untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Pada tahun 1964 pula, Gabenor Sir Derek Jakeway telah mengadakan satu mesyuarat dengan ahli tidak rasmi Majlis Legislatif untuk membincangkan satu persidangan bagi menyediakan draf perlembagaan yang akan berlangsung di London.[7]

Keadaan politik Fiji mula berubah pada tahun 1965 apabila satu persidangan telah berlangsung pada bulan Julai yang dikenali sebagai Persidangan London manakala pada bulan April dalam tahun yang sama, Setiausaha Rendah Parlimen Tanah Jajahan iaitu Mrs. Eirene White telah mengadakan satu lawatan ke Fiji. Akhirnya, satu Persidangan Perlembagaan telah diadakan di London yang bermula pada 26 Julai hingga 9 Ogos 1965. Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk membentuk satu rangka draf perlembagaan bagi memastikan hubungan antara Fiji dengan British tidak akan terjejas sekiranya Fiji berkerajaan sendiri nanti.[8] Pada bulan Oktober 1967, British telah memperkenalkan satu sistem pemerintahan yang baru untuk Fiji iaitu sistem Westminster ataupun Kabinet di Fiji. Selain daripada pengenalan sistem Kabinet, Majlis Eksekutif turut diubah dan dibentuk menjadi sistem kabinet yang lebih moden manakala Sir Ratu Kamisese Mara pula telah diberi jawatan sebagai Perdana Menteri Fiji yang pertama.

Usaha-usaha bagi mempercepatkan lagi kemerdekaan Fiji dilakukan setelah wujudnya masalah antara etnik selepas pilihan raya pada tahun 1968. Demonstrasi dan kejadian yang berlaku pada tahun 1968 telah membuktikan bahawa wujudnya satu ketidakpuasan hati antara etnik-etnik yang terdapat di Fiji kecuali satu langkah penyelesaian diambil bagi menghadapi masalah ini pada masa hadapan. Pemimpin bagi setiap etnik hendaklah mengurangkan sedikit pendirian keras mereka bagi mengelakkan berlakunya kekacauan politik pada masa akan datang. Pada bulan Ogos 1969, satu perbincangan antara Alliance Party dan NFP telah diadakan bagi membincangkan perkembangan draf perlembagaan diikuti pada 3 November 1969. Kedua-dua parti ini bersetuju yang Fiji perlu mendapat kemerdekaan. Pada Oktober 1969, A. D. Patel telah diganti oleh Siddiq Koya, seorang peguam yang bersikap bertolak ansur dan berdamai dengan Alliance Party. Sepanjang perbincangan, Alliance Party lebih berpihak kepada kerajaan kolonial di mana Ratu sebagai Ketua Negara dalam demokrasi perlembagaan yang diwakili oleh Gabenor-Jeneral di Fiji. Sementara bagi NFP, Fiji merupakan sebuah negara yang merdeka di mana Presiden di pilih daripada keturunan Fiji sebagai Ketua Negara. Walau bagaimanapun, kedua-dua parti ini juga masih inginkan Fiji menjadi ahli komanwel dan mendapat kemerdekaan.[9]

Melalui perjanjian kedua-dua parti ini, British Minister of State for Foreign and Commonwealth Affairs iaitu Lord Stepherd telah melawat Fiji antara 26 Januari hingga 2 Februari 1970. Kedua-dua pihak bersetuju dengan setiap isu yang dikemukakan kecuali berkaitan dengan komposisi dalam Majlis Legislatif[10] cara pilihan raya yang dijalankan. Antara isu-isu yang dikemukakan ialah tiga isu yang utama iaitu struktur dalam sistem pilihan raya, komposisi dalam parlimen dan kedudukan bagi etnik dalam perlembagaan.[11] Persidangan Perlembagaan ini diadakan di Rumah Marlborough di London bermula dari 20 April hingga 5 Mei 1970. Melalui pertemuan itu, satu kata putus telah diambil oleh kedua-dua pihak iaitu peribumi Fiji dan Indo-Fiji akan mendapat hak yang sama di House of Representatives yang terdiri daripada 22 kerusi; lapan kerusi yang selebihnya untuk orang Eropah dan kumpulan minoriti.Bagi separuh daripada wakil setiap etnik yang dipilih akan dipilih oleh ahli setiap kaum manakala setengah lagi akan dipilih melalui undian semua masyarakat. Mengikut perjanjian yang dibuat, Fiji telah mencapai kemerdekaan pada 10 Oktober 1970.[12]

2.3 Rampasan Kuasa pada tahun 1987

Selepas mencapai kemerdekaan, wujud pula peristiwa rampasan kuasa oleh Leftenan Kolonel Sitiveni Rabuka bagi menjatuhkan kerajaan yang memerintah sebanyak dua kali pada tahun 1987. Hal ini demikian kerana semasa Bavadra memegang tampuk pemerintahan, beliau telah bertindak dengan membentuk kabinet baru yang hanya diwakili oleh lima orang wakil Fiji dan selebihnya diwakili oleh orang Indo-Fiji seramai tujuh orang. Kudeta ini terpaksa dijalankan sebagai satu usaha untuk melindungi sistem tradisi yang sepatutnya dipegang oleh etnik Fiji serta menjamin status quo penduduk asal Fiji itu sendiri. Malah bagi pendapat elit Fiji, kudeta ini juga harus dilakukan bagi menghentikan penguasaan dan penyerapan etnik Indo-Fiji ke dalam budaya Fiji. Kudeta ini bukan sahaja disokong oleh peribumi malahan angkatan tentera dan pasukan polis.

Sit down everybody, sit down. This is a takeover. We apologise for any inconvenience caused. You are requested to stay cool, stay down, sit down and listen to what are going to tell you. Please stay calm, ladies ang gentlemen. Mr. Prime Minister, please lead your team down to the right. Policemen, keep the passage clear, stay down and remain calm. Mr. Prime Minister, Sir, will you lead your team now.[13]

Melalui ayat tersebut, Leftenan Kolonel Sitiveni Ligamamada Rabuka, 38 tahun bersama-sama sepuluh tentera melancarkan rampasan kuasa pertama bagi menyentuh kerajaan demokrasi di Pasifik Selatan, seterusnya mengakhiri kerajaan campuran NFP/FLP yang hanya mampu bertahan selama satu bulan dua hari yang dipimpin oleh Perdana Menteri Bavadra.[14]

Bulan Mei 1987, merupakan tarikh bersejarah dan pada masa yang sama merupakan ulang tahun Ratu Mara ke-67 tahun. Sementara Indo-Fiji pula memperingati peristiwa kedatangan pertama bangsa India ke Fiji pada 108 tahun lalu manakala Jai Ram Reddy meletak jawatan sebagai ketua NFP dan sebagai ahli parlimen. Bulan ini juga amat penting bagi Rabuka kerana disebabkan pembentukan kerajaan baru, beliau mula mencari kerjaya baru yang tidak berkaitan dengan ketenteraan. Dua hari sebelum rampasan kuasa dilakukan, beliau telah ditemuduga bagi jawatan Pesuruhjaya Polis namun, Rabuka menyatakan keinginan untuk menukar kerjaya kerana tidak yakin dapat bertahan dan memberi sokongan kepada kerajaan pada masa itu. Sementara itu, tiga hari sebelum kudeta iaitu 11 Mei, tentera Fiji telah dijemput untuk menyertai “skill at arms” yang dilancarkan oleh Tentera Australia dari 11 hingga 15 Mei sebagai persediaan ulang tahun ke-200 Australia. Namun begitu, Rabuka tidak menghadiri kerana melakukan persiapan kudeta.

Sebenarnya, Rabuka dan beberapa orang yang lain dari Gereja Methodist telah merancang untuk melakukan operasi rahsia untuk menjatuhkan kerajaan. Antara yang terlibat ialah Reverend Tomasi Raviki iaitu sepupu Rabuka, Ratu Inake Kubuabola[15], Presiden dan Setiausaha Fiji Council of Churches serta Setiausaha Bible South Pacific. Kubuabola adalah orang pertama yang melancarkan gerakan nasionalis di kalangan etnik Fiji yang dikenali sebagai Taukei Movement malahan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Rabuka. Selain itu, Raviki secara sukarela menjadikan kediamannya yang terletak di Suva sebagai pusat perancangan operasi kudeta.

Pada hari rampasan kuasa, komander tentera iaitu Brigadier Ratu Epali Nailatikau, pegawai tertinggi Ratu Mara berada di Australia. Pasukan yang telah dibentuk oleh Rabuka terdiri daripada etnik Fiji, termasuk ahli-ahli Taukei dan beberapa ahli kabinet yang terdiri daripada etnik Fiji. Rabuka telah menyenaraikan tiga individu penting dalam dokumen kudeta yang dikenali sebagai “Operator Order” iaitu William Sutherland, Ratu Mosese Tuisawau dan Tevita Fa.[16] Sutherland sangat berpengaruh dalam Labour Party yang kemudian menjadi Setiausaha tetap Perdana Menteri Bavadra. Pada pandangan Rabuka, Sutherland merupakan penggerak utama strategi kerajaan campuran dalam pilihan raya manakala Ratu Mosese Tuisawau selalu menimbulkan masalah terutama berkaitan dengan polisi-polisi tanah. Beliau merupakan ahli National Federation Party (NFP) sehingga meletak jawatan sebagai Presiden Fiji National Party (FNP) pada Oktober 1987.

Sebelum jam 3:15 petang 14 Mei, Rabuka membuat kenyataan bagi memaklumkan bahawa beliau telah berjaya mengawal kerajaan, membentuk semula pasukan polis, menggantung Perlembagaan Fiji dan sistem kehakiman negara serta memastikan agar para peguam merangka satu perlembagaan baru bagi memastikan politik didominasi oleh etnik Fiji dalam negara mereka sendiri. Pengumuman tersebut membuatkan sebahagian etnik Fiji berkumpul di bangunan kerajaan untuk meraihkan rampasan kuasa itu. Rentetan daripada keadaan ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa sesetengah Indo-Fiji mula meninggalkan bandar.

Kerajaan Bavadra nampaknya cuma mampu bertahan selama enam minggu sebelum dijatuhkan oleh Rabuka. Buat kali pertama pihak tentera campur tangan dalam hal ehwal politik Fiji melalui pembentukan kerajaan baru Fiji.[17] Rabuka mengambil tindakan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati dalam merombak perlembagaan bagi memastikan perpaduan etnik Fiji sama ada di dalam atau luar parlimen. Oleh itu, pembangunan selepas kudeta Mei 1987 dianggap bagi menyatukan komuniti Fiji terutama di antara timur dan barat. Propaganda mengenai isu ras merupakan faktor utama di sebalik penggulingan atau kejatuhan parlimen malah ia juga merupakan kesan penting terhadap alasan kudeta. Seperti yang dapat dilihat, ianya merupakan syarat rasional daripada penjelasan ras dan akibat keperluan untuk mempertahankan kepentingan etnik Fiji.[18]

Kudeta yang dilancarkan oleh Rabuka adalah bertujuan untuk mengembalikan kuasa politik kepada etnik peribumi Fiji. Di samping itu, rampasan kuasa yang dijalankan oleh Rabuka pada tahun 1987 disebabkan tidak berpuas hati dengan Perlembagaan 1970 yang mana dikatakan kurang memberi jaminan perlindungan terhadap hak-hak istimewa dan kepentingan masyarakat peribumi yang sepatutnya menjadi hak mereka sebagai masyarakat asal Kepulauan Fiji.[19] Rabuka juga ingin menukar sistem pemerintahan Fiji daripada demokrasi kepada kerajaan republik. Dalam rampasan tersebut, Rabuka berjaya menjatuhkan Bavadra.

Walaupun Rabuka berjaya mencapai matlamatnya, namun Fiji telah dikeluarkan dari Pertubuhan Komanwel kerana Britain tidak bersetuju dengan tindakan Rabuka yang mencetuskan kudeta serta bertindak membatalkan Perlembagaan 1970 dengan rasminya dan menolak Queen Elizabeth II sebagai Head of State. Oleh itu, Fiji telah bertindak memutuskan hubungan dengan kerajaan British serta menghapuskan sistem pemerintahan monarki Britain bagi membentuk satu kerajaan republik di mana mempunyai seorang Presiden dan dua orang Naib Presiden yang dipilih oleh Great Council of Chiefs. Fiji telah diisytiharkan sebagai sebuah negara republik dengan nama baru iaitu Republik Fiji pada 10 Oktober 1990.[20]

Kejayaan Rabuka mendatangkan impak yang besar ke atas politik Fiji. Kini pentadbiran Fiji tidak lagi dikuasai oleh masyarakat India malahan perwakilan etnik Indo-Fiji juga telah dikurangkan sementara perwakilan etnik Fiji ditambah. Hal ini membawa kepada pelantikan Ratu Sir Panaia Ganilau sebagai Presiden, Ratu Sir Kamisese Mara pula memegang tampuk sebagai Perdana Menteri dan tidak ketinggalan pencetus kudeta iaitu Lt. Kol. Sitiveni Rabuka sebagai Menteri Dalam Negeri (Minister for Home Affairs and the Public Service). Rampasan kuasa yang berlaku pada tahun 1987 juga telah mengheret Fiji untuk mengubah Konstitusinya pada tahun 1990. Perubahan Konstitusi ini dianggap penting bagi meredakan ketegangan etnik dan sekaligus mengelakkan daripada berlakunya kudeta lagi.[21]

2.4 Konstitusi Fiji 1990

Peralihan tampuk pemerintahan kerajaan secara tidak langsung telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam konstitusi pertama Fiji sehingga wujudnya satu perlembagaan baru pada tahun 1990. Objektif utama Konstitusi 1990 diwujudkan adalah menjamin penguasaaan etnik peribumi Fiji dalam kerajaan baru di samping bermatlamat menyekat pergerakan etnik Indo-Fiji daripada merencanakan strategi untuk menggugat kerajaan baru Fiji. Kewujudan konstitusi baru pada tahun 1990 telah menyaksikan pelbagai dasar atau akta dikuatkuasakan di antaranya adalah:

a) Perlembagaan Republik Demokratik Berdaulat Fiji (pengisytiharan) Memerintahkan 1990.

b) Akta keganasan 1991.

c) Akta Persatuan Perindustrian (pindaan) Memerintahkan 1991.

d) Badan Perdagangan Kesatuan–kesatuan (Pengiktirafan) Akta (Pindaan) Memerintahkan 1991.

e) Akta Perdagangan Kesatuan–kesatuan (Pindaan) 1991

f) Kilang Gula (Perlindungan Khas) (pindaan) 1991.

g) Akta Perlindungan Ekonomi Negara 1991.

Dua tahun setelah terbentukanya konstitusi tersebut, Fiji mengadakan pilihan raya pada tahun 1992. Pilihan raya yang diadakan telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan masyarakat Fiji apabila pelbagai parti menyertainya di antaranya ialah Parti Soqosoqo ni Vakvulewa ni Taukei (SVT), Parti Buruh Fiji (FLP) dan General Voters Party (GVP). Keputusan dalam pilihan raya Fiji pada Mei 1992, menyaksikan penguasaan Parti Soqosoqo ni Vakavulewa ni Taukei (SVT) di bawah pimpinan Rabuka apabila SVT telah memenangi sebanyak 30 buah kerusi daripada 37 buah kerusi yang dipertandingkan secara keseluruhannya. Situasi ini telah memberi peluang kepada Rabuka untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama dengan General Voters Party (GVP). Rabuka telah diangkat menjadi Perdana Menteri pada tahun 1993 sekali gus mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Ratu Sir Panaia Ganilau berdasarkan kepada keputusan pilihan raya dan sokongan tidak rasmi daripada Parti Buruh Fiji (FLP). Melalui kuasa yang di miliki oleh Rabuka, beliau telah mengangkat Ratu Sir Kamisese sebagai Presiden Fiji pada tahun 1994.[22]

2.5 Krisis Konstitusi Fiji 1990

Konstitusi 1990 merupakan asas bagi pilihan raya 1992 dan pilihan raya 1994. Oleh itu, sebarang perubahan atau pindaan dalam Konstitusi harus diteliti dengan berhati-hati agar tidak berlaku diskriminasi kaum. Persoalan tanah masih menjadi persoalan utama. Peribumi dengan tegas menginginkan hak mereka untuk memiliki tanah atas dasar lebih hak ke atas negara sendiri manakala Indo-Fiji pula tidak ingin ketinggalan menuntut hak dengan alasan telah lama mengerjakan tanah-tanah tersebut dengan membawa kemajuan terhadap ekonomi khasnya pertanian dan perladangan.

Rentetan itu, pertimbangan semula untuk mengubah Konstitusi perlu dilakukan pada tahun 1996 dan 1997 untuk menyelesaikan persoalan tanah, pembahagian hak malahan pembentukan semula Konstitusi. Bagi menyelesaikan masalah yang sering menghantui para pemimpin dan rakyat, satu Suruhanjaya dibentuk bagi menjalankan kajian untuk mendapatkan reaksi rakyat terhadap pembaharuan Konstitusi.

Suruhanjaya tersebut mendapati bahawa masyarakat Fiji ingin mencuba untuk bekerja bersama-sama walaupun mempunyai kepercayaan, struktur politik, budaya serta pentadbiran yang berbeza di setiap daerah atau negeri. Penduduk bandar juga menyatakan kesediaan untuk menguruskan dan bekerja antara dua kaum utama dengan menghormati tradisi dan budaya serta saling membantu antara satu sama lain. Terdapat sesetengah mereka yang cuba untuk mempelajari bahasa lain.

Sebagai pemerintah negara, Rabuka mempunyai pandangan tersendiri mengenai pindaan Konstitusi. Pada satu pertemuan dengan para menteri, Rabuka dengan suara yang lantang dan yakin menyatakan bahawa:

We must to move away from the ethnic divide that for past five years has been a divisive and unhappy feature of this Chamber.

We cannot make any real progress in promoting national unity in Fiji unless and until we have representatives of all communitues sitting together in Cabinetand sitting along side each other and both sides of this Chamber. Let us remind ourselves also that there is a higher purpose for which we cannot and must not delay our coming together in this way...

The importance of the constitutional approach that is recommended in this Bill lies in the contribution it will make in drawing everyone in Fiji together, tearing down the barries of race, suspicion and mistrust thst currently divide us, and instilling in all our citizens greater feeling of confidence and security about their future. It is when people feel good and certain about their future in Fiji that we will see greater social cohesion, goodwill and harmony, which in turn create the stable environment so vitally important to our effort to attract increased investment in our private sector.[23]

Rabuka turut menyuarakan hasrat agar masalah ini mendapat perhatian daripada keseluruhan etnik Fiji dan tidak hanya mementingkan etnik masing-masing. Tambahan pula, beliau ingin menjadikan Fiji sebagai negara pelbagai etnik dan berbilang bangsa serta menjadi model dan negara contoh kepada negara-negara lain.

3.0 KONSTITUSI 1997

Dalam konstitusi Fiji 1997, bermula kepada Ratu Kamsese yang telah melantik beberapa orang pesuruhjaya untuk menganggotai sebuah Suruhanjaya yang dibentuk pada tahun 1995. Hal ini disebabkan kerana penubuhan Suruhanjaya ini adalah bermatlamat untuk meninjau semula konstitusi politik Fiji. Ini bagi memenuhi kepentingan semua pihak dalam konstitusi yang ingin digubal semula. Dalam Suruhanjaya ini, terdapat beberapa wakil bagi ahli Suruhanjaya yang baru seperti Tomasi Vakatora yang menjadi wakil bagi kaum peribumi Fiji itu sendiri. Selain itu, terdapat juga wakil daripada kaum luar seperti Brij Lal yang mewakili kaum Indo-Fiji dan memainkan peranan penting untuk menyuarakan pendapat dan menjaga kepentingan kaum tersebut disamping menyeimbangkan keahlian dalam Suruhanjaya yang baru ditubuhkan. Selain itu juga Sir Paul Reeves yang merupakan bekas jeneral di New Zealand merupakan salah satu ahli dalam Suruhanjaya ini.

Suruhanjaya yang telah ditubuhkan ini telah melaksanakan dan membuat proses tinjauan atau semakan selama 14 bulan. Ini kerana, sepanjang proses tinjauan itu memerlukan penelitian yang terperinci dan mendalam agar konstitusi yang digubal mencapai tahap kepuasan bagi seluruh kepentingan masyarakat asal Fiji dan juga secara tidak langsung memberikan kepentingan kepada pihak-pihak yang lain. Selepas proses tinjauan dan semakan, maka Suruhanjaya ini telah menyerahkan laporannya yang mengandungi 697 cadangan kepada Presiden Ratu Sir Kamisese pada 6 September 1996. Laporan tersebut kemudiannya di kemukakan di Parlimen dan Dewan Rakyat pada 11 September 1996. Hal ini adalah penting bagi mengkaji semula laporan yang telah disediakan oleh Suruhanjaya bagi tinjauan di peringkat pesuruhjaya. Oleh yang demikian, atas persetujuan bersama, sebuah jawatankuasa Parlimen telah ditubuhkan bagi mengkaji semula laporan tersebut.

Pengkajian semula laporan yang di kemukakan oleh Suruhanjaya peninjau mengambil masa selama lapan bulan. Akhirnya, jawatankuasa Parlimen memberikan kenyataan persetujuan dan sokongan terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya peninjau pada 14 Mei 1997. Dengan itu, laporan yang telah dipersetujui telah membolehkan dan dijadikan sebagai draf Rang Undang-undang 1997 yang mana ianya telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Julai dan Dewan Senat pula meluluskan rang Undang-undang tersebut pada 10 Julai 1997.

Pada 3 Julai 1997, Draf Perlembagaan diserahkan kepada House. Ianya menjadi peristiwa yang bersejarah dalam negara Fiji serta Rabuka dan Reddy kerana detik tersebut merupakan kejayaan berharga bagi Rabuka dan beliau menyatakan bahawa ianya adalah satu kejayaan besar sejak rampasan kuasa 1987:

“The biggest change is that in 1987 what I did I did for the Fijian people. At that time I also accepted that what was good for the Fijian people was good for the nation. The recent change reflects the same thoughts, but from what is good for the Fijian is good for the nation to one where my way perception is, what is good for the nation is good for the Fijian[24]

Rabuka menjadi Perdana Menteri bukan sahaja kepada peribumi malahan kepada warganegara Fiji. Beliau turut menyatakan tidak ada lagi rampasan kuasa yang akan termaktub dalam Perlembagaan pelbagai etnik yang baru. Beliau akan terus berpegang kepada Perlembagaan baru dan bersedia mengharungi rintangan serta akan malalui pilihan raya 1999.

Dalam Perlembagaan 1997, Dewan Perwakilan terdiri daripada 71 ahli Parlimen (termasuk Speaker); 23 kerusi untuk etnik Fiji; 19 kerusi untuk Indo-Fiji; 3 kerusi undian umum; 1 kerusi untuk wakil dari Pulau Rotuma; 25 kerusi terbuka untuk semua rakyat Fiji. Dalam perlembagaan ini, wakil parti politik dalam Dewan Perwakilan akan memutuskan komposisi kabinet Perdana Menteri. Manakala Dewan Senat pula mengandungi 32 ahli; 14 ditentukan oleh Presiden atas nasihat The Great Council of Chiefs, 9 atas nasihat Perdana Menteri; 8 atas nasihat The Leader of Opposition. Dalam sistem pula, ia digunakan untuk pemilikan umum dalam Dewan Perwakilan.

Perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan baru Fiji secara keseluruhannya iaitu yang berkaitan dengan:

1) Kenegaraan

2) Perpaduan

3) Kewarganegaraan

4) Hak asasi

5) Keadilan sosial

6) Bidang kuasa Eksekutif kerajaan

7) Majlis Ketua Dewan Agung

8) Mahkamah

9) Perkhidmatan Negeri

10) Bidang Kuasa Eksekutif Kerajaan

11) Pertanggungjawaban

12) Perbelanjaan dan pendapatan

13) Hak etnik

14) Kuasa-kuasa Khas

15) Pengubalan Perlembagaan

16) Pembentukan, pentafsiran dan pemansuhan undang-undang.

17) Daftar sumpah dan afarmasi

18) Pengiktirafan Indo-Fiji dalam perlembagaan Fiji selepas pemulihan konstitusi tersebut.

4.0 KESAN KEPADA POLITIK

4.1 Perubahan Kabinet dan Penyertaan Semula Fiji dalam Komanwel

Selepas Perlembagaan 1997 dibentuk, Rabuka telah merombak kabinet sebelum beliau membuat lawatan rasmi ke luar negara. Beliau telah menjemput Reddy dan NFP[25] untuk menyertai kerajaan namun Reddy menolak dengan alasan ingin menumpukan perhatian pada pilihan raya berikutnya. Rabuka juga turut menjemput Fijian Association Party (FAP)[26] dan membuat beberapa perubahan dalam kabinet dengan harapan dapat memenangi pilihan raya 1999.

Antara perubahan yang dilakukan adalah dengan melantik Jim Ah Koy sebagai Menteri Kewangan bagi menggantikan Beranado Vunibobo yang dilantik ke jawatan Menteri Hubungan Luar Negeri. Di samping itu, Rabuka juga melantik seorang wanita iaitu Taufa Vakatale sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana mempercayai bahawa Vakatale mampu memikul tanggungjawab tersebut dan dapat menggantikan beliau sewaktu ketiadaan dalam negara. Rabuka turut mempelawa ketua FAP iaitu Ratu Finau Mara untuk menyertai kabinet dengan memberi portfolio sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Walaupun ramai ahli kabinert yang kurang bersetuju dengan perlantikan tersebut namun Rabuka menyatakan bahawa telah tiba masanya untuk melakukan perubahan dengan melantik orang muda menjadi ketua kerana dapat melatih mereka untuk menjadi pemimpin negara kelak.

Setelah selesai merombak kabinet, Rabuka melakukan persediaan bagi lawatan ke luar negara. Selepas berada di Forum Pasifik Selatan dan bertemu dengan Perdana Menteri Australia dan New Zealand yang menggalakkan Fiji kembali semula menyertai Komanwel, Rabuka memberi ucapan di Perhimpunan Am Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pada perhimpunan tersebut Rabuka manyatakan bahawa beliau memerlukan sokongan untuk memajukan ekonomi global yang diasaskan oleh World Trade Organisation (WTO) serta menyarankan agar semua negara anggota dilayan dengan sama rata. Beliau menyatakan bahawa:

For small island developing states like Fiji, and for the many developing countries in the world in general, we need an international economic environment that is buttressed by economy justice. We need international economic environment that ensures a better life in all the countries of the world and not just in a few...”

Small countries like mine, and indeed all developing nations, have no real influence in these matters expect as victims...Fiji and other developing and least developing countries of the world have to complete with industrial giants. The international trade playing field is not level, despite frequent statements to that effect.”

“In reality there is no even playing field; it is in truth marked by inequalities of power, influence and resourced; with steep and almost insurmountable height constraining small nations like ours. In order for small countries like Fiji to survive and develop, we must be allowed to retain

special arrangement for our eventual exports which give our people social and economic security.[27]

Sebagai Perdana Menteri Fiji, Rabuka memerlukan banyak sokongan negara luar dan terutamanya dari PBB. Sewaktu perhimpunan tersebut, Rabuka telah menerangkan serba sedikit perubahan Perlembagaan yang telah diserapkan ke dalam undang-undang Fiji dan berpendapat bahawa perubahan tersebut akan membawa perubahan kepada masyarakat untuk bersatu dalam sebuah kerajaan.

Perkara yang lebih mengembirakan Rabuka adalah semasa Sekratariat Komanwel telah menetapkan bahawa Fiji dijemput untuk menyertai dan menghadiri Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) yang akan diadakan di Scotland. Ianya adalah merupakan detik yang paling manis kerana Fiji dapat menyertai Komanwel semula. Kini, selepas 10 tahun berlalu akhirnya Rabuka telah berjaya membawa negaranya kembali dalam Komanwel. Beliau menyatakan bahawa:

This was welcome news indeed for the people of Fiji. The next step would be to formalise this through our attendance at the Edinburgh meeting.

In terms of Fiji’s external economic interests, Commonwealth membership is important because member countries could together act as a lobby group in various external forum like the United Nation and African Caribbean and Pasific negotiations with the European Union. Bilaterally too, our retun to the association helps to reinforce our relationship with Great Britain which is the biggest market for our sugar exports.[28]

4.2 Pilihan Raya 1999

Pilihan raya 1999[29] merupakan pilihan raya yang pertama di bawah perlembagaan baru yang diadakan pada 8 hingga 15 Mei yang persaingan sengit antara Rabuka dengan Mahendra Chaudry serta parti-parti lain. Keputusan pilihan raya sangat mengejutkan apabila SVT[30] iaitu parti pimpinan Rabuka hanya mendapat lapan kerusi sahaja yang hanya mampu untuk menjadi ahli kabinet. Sementara Mahendra Chaudry yang bertanding di bawah Fiji Labour Party (FLP)[31] mendapat kemenangan besar iaitu 37 kerusi, FAP mendapat 10 kerusi melebihi SVT dan PANU[32] pula mendapat 4 kerusi. Kemenangan Chaudry juga disebabkan sokongan daripada tiga parti peribumi kecil yang menyokong kepimpinan Chaudry.[33]

Keputusan pilihan raya 1999 menyaksikan kemenangan parti Chaudry yang akhirnya membawa perubahan besar bagi Fiji dan menjawat jawatan Perdana Menteri menggantikan Rabuka. Beliau merupakan Perdana Menteri Indo-Fiji yang pertama di Fiji. Sememangnya, Chaudry telah lama menanti untuk menjadi pemerintah negara sejak 12 tahun lalu. Semasa memerintah Chaudry telah membentuk kerajaan campuran dengan dua parti yang lain iaitu Fijian Association Party (FAP) dan juga Party of National Unity (PANU).

Walau bagaimanapun, dalam satu ucapan selepas pilihan raya tersebut, Rabuka menyatakan bahawa beliau tidak akan menerima tawaran untuk menyertai multi-parti yang baru di bawah pimpinan Chaudry. Ucapan beliau adalah seperti:

I have decided not to accept an invitation to join the new multi-party Cabinet, although we will have eight seats. As a matter of principle i cannot accept an invitation from people whose immediate objective was to remove me and my party from Government.

I believe our experience in Government will enable us to be an effective and loyal Opposition. The only disappointment i have is the bloc votes the Indian community has given the Fiji Labour Party. I also feel the way by Indian community clearly showed they do noy sincerely believe in what the SVT and NFP were genuinely trying to promote-and that was to bring our different communities together in the political mainstream.

The bloc vote by the supporters of the FLP and the splintering among the Fijian voters have clearly shown that the forces at work to pull the different communities apart, are still stronger than those committed to bring us together.[34]

Rabuka juga sangat kecewa apabila ramai rakan-rakan beliau keluar meninggalkan SVT. Namun begitu, pada bulan Jun 1999, Rabuka telah dilantik untuk memegang satu jawatan penting iaitu Pengerusi Great Council of Chiefs.

4.3 Rampasan kuasa pada 2000

Rampasan kuasa yang berlaku di Fiji pada tahun 2000 melibatkan pemberontakan yang dilakukan oleh penduduk awam dan nasionalis Fiji. Pemberontakan ini adalah bertujuan untuk menentang kerajaan yang di bawah pimpinan Perdana Menteri Fiji, Mahendra Chaudry pada 19 Mei 2000, percubaan Presiden Ratu Sir Kamisese Mara untuk menonjolkan kuasa eksekutif pada 27 Mei dan persaraan beliau secara paksaan pada 29 Mei. Kemudian, kerajaan Interim yang dibentuk oleh Laksamana Frank Bainimarama dan ini diikuti oleh penyerahan kuasa kepada pentadbiran Interim yang diketuai oleh Ratu Josefa Iloilo sebagai Presiden pada 13 Julai. George Speight, merupakan individu yang mengepalai rampasan kuasa pada Mei tahun 2000 iaitu kira-kira 13 tahun kemudiannya.[35] Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan menyifatkan bahawa tindakan beliau itu adalah perlu bagi melindungi hak-hak masyarakat peribumi. Begitu juga yang pernah dilakukan oleh Sitiveni Rabuka semasa rampasan kuasa yang segaja dicetuskan pada tahun 1987. Berhubung dengan peristiwa itu, beliau dengan lantangnya menyuarakan bahawa kudeta tentera yang tercetus sebanyak dua kali dalam tahun yang sama itu adalah amat perlu dalam usaha untuk mengembalikan semula kawalan masyarakat asal terhadap negara Fiji. Nampaknya, bagi kedua-dua peneraju coup d’etat ini, apa yang pentingnya ialah hak-hak peribumi asal sewajarnya dipertahankan dan dipulihkan semula berbanding untuk memperjuangkan sistem demokrasi.

Selain itu, kedua-duanya juga sependapat mengenai penguasaan komuniti Indo-Fiji yang dianggap sudah melampaui batas bukan sahaja dalam mendominasi sektor ekonomi dan komersial malahan sehingga mahu mengambil alih serta merampas kepimpinan politik negara Fiji. Ini dapat dibuktikan apabila Mahedra Pal Chaudry menjadi Perdana Menteri pertama yang berketurunan Indo-Fiji. Bagi Speight sendiri dan juga para penyokongnya, situasi perubahan tampuk pemerintahan yang bertukar tangan kepada Mahendra Chaudry yang bukan masyarakat tempatan, sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk diterima oleh mereka. Mereka bimbang sekiranya penguasaan Indo-Fiji dalam senario politik kemudiannya akan menyebabkan masyarakat peribumi dipinggirkan terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi dan juga berlakunya perubahan dalam polisi pemilikan tanah. Memetik kata-kata Brij V Lal ”if Fijians don’t unite, Indians will take their land away ”.[36] Bersandarkan kepada pernyataan tersebut maka jelaslah mengapa masyarakat peribumi Fiji enggan bertolak ansur dan menerima kehadiran etnik Indo-Fiji di bumi mereka dengan rela hati.

Dalam rampasan kuasa tersebut, Mahendra Chaudry dan seramai 30 ahli politik lain telah ditawan dalam bangunan parlimen oleh tentera militia Speight selama lapan minggu. Chaudry didesak untuk meletak jawatan dan Speight menghalang campur tangan daripada pihak tentera.[37] Speight bertindak mengiktiraf dirinya sebagai Perdana Menteri dan mengarahkan Ratu Sir Kamisese Mara meletakkan jawatannya sebagai Presiden. Mara mengambil jalan untuk tidak berkompromi dengan pihak perampas dan bertindak menyingkirkan sesiapa yang terlibat dengan penculikan tersebut dan menganggap tindakan tersebut sebagai terpaksa kerana untuk menyelamatkan kuasanya sendiri. Tindakan yang dibuat oleh beliau ini dikenali sebagai “a coup within a coup”. Berikutan dengan tuduhan ini, beliau telah diminta oleh sekumpulan bekas anggota polis dan pegawai tentera supaya menangguhkan Perlembagaan. Beliau telah mengambil keputusan untuk menolak dengan menyatakan bahawa “If the Constitution goes, I go”. Atas desakan Sitiveni Rabuka iaitu bekas Komander Tentera, Ratu Epeli Ganilau yang merupakan menantu kepada Mara serta seorang bekas Suruhanjaya Polis iaitu Isikia Savua yang meminta Mara untuk meletak jawatan menyebabkan Mara telah kembali ke kampung halamannya di Pulau Lakeba yang terletak di Kepulauan Lau.[38]

Rundingan ke arah pembebasan Chaudry dan tawanan politik yang lain telah dibuat di antara Militery Executive Council dan juga Great Council of Chiefs pada bulan Jun namun rundingan tersebut menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, Speight berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati namun hukumannya telah diringankan kepada penjara seumur hidup pada Februari 2002. Laisenia Qarase dan Ratu Josefa Iloilo kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri dan Presiden. Namun, rampasan kuasa berlaku sekali lagi pada 5 Disember 2006 tetapi rampasan kali ini dilakukan oleh Frank Bainimarama. Bainimarama mengatakan bahawa Ratu Iloilo tidak berupaya melaksanakan tanggungjawabnya. Kenyataan tersebut berubah selepas Ratu berjanji untuk memberi pengampunan kepada pihak tentera dan sehari selepas itu, Bainimarama telah dilantik sebagai Perdana Menteri.[39]

Jelaslah bahawa penguasaan dan campur tangan masyarakat Indo-Fiji di negara Selatan Pasifik ini ternyata telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penduduk asal Fiji. Mereka juga nampaknya bukan sahaja sukar untuk menerima kehadiran etnik tersebut di nagara mereka malahan sukar menerima perwakilan atau pemimpin yang bukan berasal dari kalangan masyarakat tempatan. Malah seperti yang diucapkan oleh Rabuka, “Fiji adalah untuk orang Fiji sahaja dan bukan untuk orang luar”.[40]

5.0 KESAN KEPADA SOSIAL

5.1 Penularan keganasan dan diskriminasi ras

Konflik atau ketegangan etnik pada kebiasaannya akan mengakibatkan berlakunya keganasan sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Begitu juga yang terjadi di negara Fiji berkenaan apabila timbulnya peristiwa-peristiwa keganasan sehingga berlakunya perlanggaran hak-hak asasi manusia sejagat. Dalam kes yang merujuk kepada Fiji, konflik etnik yang melanda negara tersebut telah menyebabkan etnik Indo-Fiji sering didiskriminasi, ditindas, diseksa dan diperlakukan dengan kejam oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan tanpa rasa simpati. Dalam mengulas isu ini, Robert Norton menyatakan bahawa:

“Many Indians suffered oppression by the Fijian- dominated army, and the coups encouraged violence or intimidation by some Fijian civilians; the Indian response has been forbearing restraint. A new constitution introduced in 1990 entrenched Fijian control based on ethnic constituencies and ethnic reservation of the most senior offices in the state. 1 post coup government up to 1999 was mainly Fijian (party because Indian leaders refused to participate). Indians were marginalized in civil service promotions and in access to financial assistance. They and their property continue to be the main target of violent crime by unemployed young Fijians, and their temples have occasionally been attacked by vandals.[41]

Berdasarkan kepada petikan di atas maka jelaslah bahawa ketegangan dan konflik etnik yang melanda negara kepulauan tersebut telah meyebabkan berlakunya keganasan terhadap masyarakat India. Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah kudeta tersebut kelihatannya telah mencabul hak-hak asasi manusia yang termaktub dalam Konstitusi Fiji 1997. Dalam seksyen 38 (2) Konstitusi Fiji, ada dinyatakan bahawa:

” A person must not be unfairly discriminated against, directly or indirectly, on the ground of his/her:

a. actual or supposed characteristic or circumstances, including race, ethnic origin, colour, place of origin, gender, sexual orientation, orientation, birth, primary language, economic status, age or disability; or

b. opinions or beliefs, except to the extent that those opinions or beliefs involve harm to others or the diminution of the rights or freedoms of others; or

c. on any ground prohibited by this Constitution” …[42]

Sama seperti yang diterangkan sebelum ini, keganasan tersebut kebanyakannya berlaku ke atas penduduk yang berturunan Indo-Fiji dan penentangan ini bukan sahaja berfokuskan terhadap serangan individu bahkan juga terhadap harta-benda mereka terutamanya bagi yang tinggal di kawasan-kawasan seperti Viti Levu, Vanua Levu dan juga pulau-pulau kecil seperti Levuka dan Pulau Penyu (Turtle Island).[43] Dalam pergolakan yang tercetus, banyak rumah-rumah penduduk tersebut dipecah masuk dan harta benda mereka dirampas serta dicuri sewenang-wenang sebelum dibakar.[44] Malahan sekolah-sekolah dan tempat suci Indo-Fiji seperti masjid dan kuil turut dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.[45]

Selain itu, perniagaan komersial misalnya kedai runcit dan perniagaan kecil-kecilan turut dirampas sebaik sahaja rampasan kuasa dilancarkan. Berkenaan dengan isu ini Sanjay Ramesh, menjelaskan bahawa situasi yang dinyatakan tersebut jelas berlaku dalam kudeta tahun 2000 apabila pada pagi 20 Mei dalam tahun tersebut, bandar yang dikenali sebagai Nausori telah diserang oleh kumpulan-kumpulan samseng dan penjahat. Kebanyakan barang dibakar dengan sewenang-wenangnya. Kira-kira jam tiga petang, sebanyak enam buah kedai yang terletak di Barat Viti Levu telah dipecah masuk oleh kumpulan perompak dan penyamun. Penularan kegiatan keganasan dan jenayah yang berlaku di kawasan ini kemudiannya telah memaksa pihak tentera bagi mengawal, menenteramkan dan memulihkan keadaan yang semakin bergolak.[46]

Ini dapat disimpulkan bahawa kebanyakan daripada penduduk Indo-Fiji menderita akibat diseksa dan diserang oleh orang Fiji di sekitar daerah Naitasiri dan juga di kawasan-kawasan yang lain. Menurut satu laporan, kebanyakan keluarga Indo-Fiji telah diserang secara zalim dan kejam terhadap fizikal mahupun mental tanpa rasa simpati. Kebanyakan wanita pula diperkosa. Mark Tedeschi turut mengakui hal ini dengan menyatakan bahawa:

”… law and order had almost entirely broken down, not just in Suva but throughout Fiji, with numerous members of the Indo-Fijian community subjected to acts of rape, and other personal violence”.[47]

Akibat daripada keganasan tersebut maka golongan yang tertindas ini bertindak dengan menghentikan kegiatan harian seperti bertani serta berladang dan kemudiannya meninggalkan kampung halaman masing-masing menuju ke ‘kem-kem pelarian’ yang terletak di Lautoka.[48]

5.2 Pendidikan

Peluang pendidikan di kalangan penduduk Fiji semasa era kemerdekaan nyata terhad. Tambahan pula, munculnya situasi yang tidak menentu dalam pentadbiran negara pada ketika itu sehingga kurang memberikan perhatian atau dengan kata lainnya meminggirkan pendidikan di kalangan masyarakat. Peluang pendidikan hanya terhad untuk golongan atasan dan pertengahan sahaja. Bagi mereka yang hidup dalam keadaan kesempitan dan dihimpit kemiskinan pula agak sukar untuk meneruskan gred persekolahan apatah lagi untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Kesukaran untuk mendapatkan peluang pendidikan nyata didorong oleh kos misalnya yuran pengajian yang agak mahal dan tentunya hanya mampu bagi mereka yang berupaya sahaja.

Walaupun kelihatannya ada inisiatif yang diljalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk memajukan dan memperkembangkan sistem pendidikan dalam dekad 70-an sehingga tahun 2000, telah mencatatkan dan mendatangkan kesan yang negatif terhadap aspek berkenaan. Misalnya, banyak institusi pendidikan terutamanya bagi sekolah Indo-Fiji telah dibakar oleh kumpulan anti-India. Oleh yang demikian, pendidikan di kalangan masyarakat India terpaksa dihentikan seketika sehinggalah keadaan menjadi reda. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang meneruskan persekolahan terpaksa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Tetapi, masyarakat Indo-Fiji masih ketinggalan apabila di mana kebanyakan daripada mereka tidak didedahkan dengan pendidikan formal sejak dari awal lagi disebabkan kemiskinan dan sebagainya.

Selepas berlakunya perubahan dalam konstitusi tersebut, nyata peluang pendidikan lebih terbuka bagi semua anggota masyarakat tidak kira komuniti peribumi mahupun Indo-Fiji. Tindakan ini terpaksa diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan tekanan konflik etnik serta memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada yang mana sebelum ini merujuk kepada Akta Pendidikan 1978 atau The Education Act of 1978. Dalam artikel 39 konstitusi 1997, seperti yang diluluskan oleh House of Representatives menyatakan bahawa:[49]

(1) Every person has the right to basic education and to equal access to educational institutions.

(2) Every religious community or denomination and every cultural or social community has the right to establish and maintain places of education and to manage them, whether or not it receives financial assistance from the State.

(3) The admission policy of a place of education referred to in subsection.

(4) May be administered on the basic of the need to maintain its special character but, subject to that, those concerned in its management must ensure that it is open to all qualified students without discrimination on any ground prohibited by this Constitution.

(5) Nothing contained in, or done under the authority of, a law prescribing standards or qualifications for educational institutions is inconsistent with this section to the extent that the requirements of the law are reasonable and justifiable in a free and democratic society.[50]

Artikel di atas nyata telah membawa sinar baru terhadap sistem pendidikan di Fiji selain menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam menyediakan peluang pendidikan yang sama rata kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum. Malahan nampaknya pada ketika ini, Kementerian Pendidikan Fiji juga mulai mewajibkan setiap kanak-kanak yang telah mencapai usia yang sesuai untuk bersekolah, mendaftarkan diri di mana-mana sekolah yang berhampiran dengan kawasan kediaman. Bagi memantapkan usaha ke arah memperkembangkan tahap pendidikan di kalangan anak-anak dan remaja ini, ibu bapa atau penjaga dimestikan dan diwajibkan untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah-sekolah rendah atau menengah yang berhampiran.[51] Sebagai buktinya:

a. there is no school within walking distance of the child’s place of residence.

b. The parents(s) or guardian(s) make(s) other arrangements deemed by the Minister for Education to be suitable and efficient for the education of the child,

c. The child has completed the required levels of primary education, and

d. The child is prevented from attending school through sickness or other unavoidable cause(s).[52]

Selain itu, setiap tahun pihak Kementerian Pendidikan Fiji juga menambahkan bilangan guru di setiap sekolah di sekitar bandar ataupun di kawasan terpencil. Sehingga awal tahun 2000, pembangunan sosial menerusi pendidikan di Fiji menampakkan sedikit kemajuan apabila adanya usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan sekurang-kurangnya berkebolehan untuk membaca, menulis dan juga mengira.

5.3 Perubahan populasi dan demografi masyarakat

Salah satu lagi kesan utama akibat proses pengubalan konstitusi 1997 ialah berlakunya perubahan populasi dan demografi masyarakat Fiji. Jika sebelum berlakunya kudeta pada tahun 1987, populasi masyarakat negara berkenaan terbukti telah dikuasai dan dipelopori oleh Indo-Fiji semenjak tahun 1945 lagi. Hal ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada hasil tulisan John Henderson. Beliau menyatakan bahawa, jumlah peratusan populasi etnik, sebelum kemuncak ketegangan tersebut adalah berpihak kepada Indo-Fiji yakni etnik yang berasal dari India.[53] Akan tetapi, jumlah populasi komuniti etnik ini kian merosot sebaik sahaja tercetusnya rampasan kuasa yang pertama dan kedua. Statistik atau bilangan penduduk India yang dicatatkan sehingga tahun 1996 nyata telah berkurangan dari paras 348,704 ribu orang atau 48.7% peratus pada tahun 1987 kepada 338,818 ribu orang (43.7%) pada tahun 1996 dan nilai susut yang dicatatkan adalah berjumlah sekitar 9,886 orang.

Pengurangan populasi penduduk yang terdiri daripada masyarakat Indo-Fiji juga berlaku selepas tercetusnya kudeta yang ketiga iaitu pada tahun 2000. Menjelang tahun 2004, bilangan penduduk berketurunan India ini telah jatuh ke paras 320,000 ribu orang dan secara puratanya kira-kira 24,000 orang etnik tersebut telah meninggalkan Fiji sejak Mei 2000.[54] Pengurangan bilangan ini adalah disebabkan oleh penghijrahan keluar beramai-ramai Indo-Fiji yang ketika itu berada dalam keadaan ketakutan dan ingin menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa serangan pemberontak. Walau bagaimanapun, tidak terkecuali ada juga segelintir daripada penduduk peribumi sendiri yang bertindak untuk keluar dari negara tersebut bagi menyelamatkan diri masing-masing. Kebanyakan imigran ini melarikan diri ke kawasan-kawasan lain misalnya ke negara-negara terdekat iaitu Australia, serta New Zealand, dan tidak ketinggalan ada juga antara mereka yang bermigrasi ke Kanada dan Amerika Syarikat.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Mark Tedeschi, sepanjang tempoh negara Fiji dibayangi dengan rampasan kuasa iaitu bermula dari tahun 1987 sehingga tahun 2000, dianggarkan lebih daripada 100,000 ribu daripada jumlah keseluruhan populasi (kira-kira 800,000 ribu) penduduk yang berketurunan Indo-Fiji telah berhijrah keluar dari negara berkenaan. Menurut beliau lagi, selepas berlakunya rampasan kuasa pada tahun 2000, dikatakan jumlah populasi masyarakat Indo-Fiji telah berkurangan ke paras 44 peratus berbanding 48.6 peratus sewaktu rampasan pertama dan kedua. Malahan beliau tidak menafikan bahawa rata-rata yang berhijrah keluar dari Fiji adalah terdiri daripada golongan profesional, berpendidikan dan berpengaruh.

Tidak dapat menafikan bahawa sememangnya perubahan populasi inilah yang dimahukan oleh peneraju kudeta iaitu Rabuka sewaktu melancarkan rampasan kuasa pertama dan kedua. Atas cogan kata ”Fiji for Fijian” beliau sebenarnya berkeinginan untuk mengurangkan populasi masyarakat pendatang tersebut yang kelihatannya semakin lama semakin melangkaui jumlah penduduk tempatan yakni peribumi. Disebabkan hal ini, antara Mei 1987 sehingga Disember 1989, seramai 20,000 ribu orang India telah meninggalkan negara Fiji. Dalam tahun 1999 pula, secara puratanya, dianggarkan seramai 487 orang telah meninggalkan Fiji pada setiap bulan. Akibat daripada penghijrahan ini, maka kelihatannya populasi masyarakat India di Fiji mulai merosot sedikit demi sedikit dan akhirnya menyebabkan masyarakat Indo-Fiji mulai menjadi golongan kedua teramai di Fiji .

Bagi mereka yang masih lagi tinggal di Fiji dan tidak berupaya untuk keluar meninggalkan negara tersebut terutamanya disebabkan oleh faktor kemiskinan, maka mereka terpaksa menyesuaikan diri untuk hidup dalam situasi yang tidak menentu, dan juga dipengaruhi tekanan-tekanan keadaan terutamanya bagi menghadapi keganasan, krisis politik dan juga ekonomi.[55] Menurut John Henderson pula, selain kurang mampu untuk menampung perbelanjaan penghijrahan tersebut, kebanyakan masyarakat Indo-Fiji yang masih menetap di negara itu juga tidak tahu arah tuju atau destinasi untuk mereka melarikan diri. Bagi Indo-Fiji, Fiji sudah sebati dalam hidup mereka memandangkan mereka sudah lama menetap di situ iaitu selama beberapa generasi dan tambahan pula, selama ini mereka telah menganggap bahawa Fiji tidak ubah seperti negara mereka sendiri.[56]

6.0 PENILAIAN

Jika kita lihat secara analisa di mana keadaan yang berlaku dalam penggubalan konstitusi 1997 telah merungkai segala permasalaan yang berlaku sejak 1970 iaitu di mana negara Fiji mendapat kemerdekaan daripada Britain. Antara perkara yang penting dalam penggubalan Konstitusi Fiji iaitu melibatkan perluasan saiz kerajaan, pengurangan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk etnik Fiji, mengkhaskan jawatan Presiden hanya untuk etnik Fiji, membuka jawatan Perdana Menteri untuk semua kaum dan Great Council of Chiefs melindungi hak milik tanah bagi etnik Fiji. Penggubalan Konstitusi Fiji ini telah memberikan satu konstitusi yang dapat membentuk dan menjelaskan tentang sesuatu perkara yang melibatkan tentang perundangan, ketetapan dalam institusi kenegaraan, kehakiman, pentadbiran, perkhidmatan dan sebagainya. Konstitusi ini merupakan satu perkara yang amat penting bagi sesebuah negara yang merdeka dan memberikan impak kesan kepada hubungan antara dua hala dalam sesebuah negara mahupun perbadanan di peringkat antarabangsa. Dengan penubuhan Konstitusi Fiji 1997 yang telah berjaya dijalankan dan dilaksanakan dalam peranannya untuk memelihara kepentingan masyarakat asal disamping mengekalkan dan mengukuhkan kedaulatan negara Fiji. Walaupun terdapat perubahan dalam konstitusi Fiji pada 1997 tetapi negara tersebut telah megalami krisis perkauman yang semakin memuncak dan ini menyebabkan berlakunya rampasan kuasa pada tahun 2000. Dengan penubuhan konstitusi Fiji 1997, menyebabkan berlakunya perubahan dalam pentadbiran mahupun kehidupan bermasyarakat yang lebih teratur dan tersusun. Dengan itu, Konstitusi Fiji 1997 jelas menunjukkan bukan sahaja kesan yang amat ketara dalam politik dan sosial tetapi juga ekonomi negara Fiji itu sendiri bagi mengerakkan pembangunan yang lebih aktif.

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya proses pengubalan Konstitusi Fiji 1997 telah merombak segala perkara yang berkaitan secara langsung bagi kepentingan masyarakat Fiji terutamanya rasa tidak puas hati masyarakat peribumi Fiji kepada hak pemilikan tanah. Selain itu, proses pengubalan ini juga telah memberikan impak yang lebih baik dalam soal pentadbiran negara Fiji. Hal ini disebabkan daripada saiz kerajaan yang mempunyai peranan yang amat kecil dan tidak menyeluruh, mengurangkan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk etnik Fiji, mengkhaskan jawatan Presiden hanya untuk etnik Fiji, membuka jawatan Perdana Menteri untuk semua kaum dan Great Council of Chiefs melindungi hak milik tanah bagi etnik Fiji dan dijamin sepenuhnya. Perkara ini telah memberikan kesan yang positif terhadap tuntutan yang diperlukan pada tahun 1997. Ini disebabkan daripada kesan ketidak puasan hati yang telah tercetus beberapa rampasan kuasa yang berlaku sejak tahun 1987 lagi. Rampasan kuasa yang bersifat perkauman dan berat sebelah ini telah membawa kepada Konstitusi 1990. Hal ini disebabkan daripada kurangnya perluasan saiz kerajaan telah memberikan input dalam mencapai matlamat yang ingin dicapai diperingkat kerajaan. Selain itu, jawatan Presiden yang bebas dimiliki atau disandang oleh sesiapa sahaja tanpa mengira etnik Fiji mahupun bukan masyarakat etnik Fiji menyebabkan penguasaan dan campur tangan masyarakat luar terutamanya masyarakat Indo-Fiji ini telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan penduduk asal Fiji. Hal ini disebabkan pada permulaan masyarakat Indo-Fiji banyak menguasai negara Fiji dalam semua aspek dan ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat peribumi Fiji. Malah seperti yang diucapkan oleh Rabuka iaitu ”Fiji adalah untuk orang Fiji sahaja dan bukan untuk masyarakat luar”. Oleh itu, jika kita fahami seperti yang dikatakan oleh Rabuka, maka terbuktilah bahawa secara tegasnya mereka tidak akan menerima kedatangan orang lain. Walau bagaimanapun, penggubalan Konstitusi 1997 telah memberikan impak yang amat ketara dalam perubahan politik di mana rampasan kuasa yang berlaku sejak 1987. Selain itu, keadaan sosial juga turut berlaku di mana perubahan penduduk peribumi dan populasi masyarakat serta hubungan yang wujud di peringkat antarabangsa telah memberi jalur yang amat ketara. Ini telah mewujudkan satu lembaran dalam sejarah Fiji yang amat penting kepada negara Fiji itu sendiri.



[1] Sina Emade, “Feared Rumours and Rumours of fear: The Politicisation of Ethnicity during the Fiji Coup in May 2000”, Oceania, Volume 75, Issue 4, 2005, hlm. 388.

[2] John McGarry, Brendan O’Leary (ed), The politics of Ethnic Conflict Regulation: Case Studies of Protracted Ethnic Conflicts, New York: Routledge, 1995, hlm. 252.

[3] Sina Emade, op.cit. hlm. 388.

[4] Adrian C. Mayer, Indians in Fiji, Oxford: Oxford University Press, 1963, hlm. 13.

[5] Ibid, hlm. 2.

[6] Sina Emade, op.cit. hlm. 401.

[7] Victor Lal, Fiji Coups in Paradise: Race, Politics and Military Intervention, London: Zed Books Ltd, 1990, hlm. 7.

[8] Ibid.

[9] Victor Lal op.cit., hlm. 13.

[10] Majlis Legislatif Fiji mengandungi Ketua Kehakiman, 5 orang Ketua Jabatan serta 6 orang ahli tidak rasmi yang dipilih oleh British dengan seorang Gabenor sebagai Presiden pada awal penubuhannya.

[11] Stephanie Lawson, The Failure of Democratic Politics in Fiji, Oxford: Clarendon Press, 1991, hlm. 185.

[12] http://en.wikipedia.org/Kamisese Mara

[13] Victor Lal, op. cit., hlm. 192.

[14] Timoci Bavadra mendapat pendidikan di Queen Victoria School dari tahun 1946 hingga 1954 dan seterusnya di Fiji School of Medicine. Beliau berkhidmat di Kementerian Kesihatan dan pada tahun 1978 hingga 1986 menjadi Presiden Persatuan Pekerja Fiji sebelum menjadi Perdana Menteri.

[15] Merupakan sepupu kepada Ratu Penaia.

[16] Victor Lal, op. cit., hlm. 195.

[17] Stephanie Lawson, op. cit., hlm. 281.

[18] Ibid.

[19] Susanna Tranka, “Land, Life and Labour: Indo-Fijian Claims to Citizenship in a Changing Fiji”, Oceania, Vol. 75, Issue 4., 2005, hlm. 354.

[20] Lynn Danial (ed), The Far East and Australasia 2003, Edisi ke-34, London: Europe Publication, 2003, hlm. 983.

[21] Ibid.

[22] Lynn Danial (ed), op.cit., hlm. 984.

[23] John Sharpham, Rabuka of Fiji: The Authorised Biography of Major-General Sitiveni Rabuka, Queensland: Central University Press, 2000, hlm. 226.

[24] John Sharpam, Rabuka of Fiji: The Authorised Biography of Major-General Sitiveni Rabuka, Queensland: Central University Press, 2000, hlm. 232.

[25] Ditubuhkan pada tahun 1963 oleh Petani-petani ladang tebu dan merupakan parti yang didominasi oleh Indo-Fiji selepas tahun 1970. NFP menyertai parti gabungan dengan FLP sebelum pilihan raya 1987. Parti ini diketuai oleh seorang peguam iaitu Jai Ram Reddy. Parti ini turut mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Rabuka dalam pembentukan ‘Government of National Unity’ dan pindaan Perlembagaan 1990. Seterusnya membuka ruang kepada NFP untuk bergabung dengan SVT dan UGP pada tahun 1997.

[26] Parti ini ditubuhkan pada tahun 1994 setelah keluar dari SVT. Selepas kematian Kamikamica pada tahun1998, parti ini diketuai oleh Adi Kuini Speed yang juga merupakan Pegawai Tinggi di Navosa. FAP bergabung dengan FLP dan PANU pada pilihan raya 1999.

[27] John Sharpham, Rabuka of Fiji: The Authorised Biography of Major-General Sitiveni Rabuka, Queensland: Central University Press, 2000, hlm. 237.

[28] John Sharpham, op.cit., hlm. 238.

[29] Pilihan raya ini dikatakan persaingan yang mencerminkan keadaan masyarakat Fiji pada ketika itu terutama di antara peribumi dengan Indo-Fiji untuk merebut kuasa khususnya dalam bidang politik.

[30] Ditubuhkan pada tahun 1991 oleh Fijian Great Council of Chiefs dan parti ini dikenali sebagai Party of The Native Constition. Rabuka mengetuai parti ini dan ia menjadi parti pilihan peribumi selepas pilihan raya 1992 dan 1994 serta menjadi platform kepada peribumi dalam politik.

[31] Ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Fiji Trade Union Congress yang pada mulanya diketuai oleh doktor perunatan peribumi iaitu Dr. Timoci Bavadra. Parti ini memenangi pilihan raya 1987 dengan bergabung dengan NFP seterusnya menjadikan Bavadra sebagai Perdana Menteri sehingga kudeta 1987. Selepas kematian Bavadra akibat penyakit kanser, FLP diambilalih oleh Mahendra Pal Chaudry pada November 1989. FLP telah bergabung dengan FAP dan PANU semasa pilihan raya 1999.

[32] Diketuai oleh Apisai Tora, seorang veteran Nationalis Taukei yang dipecat dari kerajaan gabungan FLP/NFP pada tahun 1987. PANU disokong sepenuhnya oleh Viti Levu barat.

[33] 2000 coup d’etat. http//www.state.gov/r/pg/ei/bgn/1834.htm.

[34] Ibid, hlm. 292.

[35] Rampasan kuasa juga turut berlaku pada tahun 2006 dan pada kali ini, rampasan kuasa berkenaan telah diketuai oleh Frank Bainimarama.

[36] Sila lihat, Vilsoni Hereniko, “From the Sideline: An Interview with BrijV Lal, Historian and Constitutionl Commissioner,” The Contemporary Pacific, Volume 14, Number 1, Spring 2002, 2002, hlm. 179.

[37] Lynn Danial (ed), op. cit., hlm. 985.

[38] http://en.wikipedia.org/Kamisese Mara

[39] Paul Spickard. “ Race and Power in Fiji.” www.education.ucsb.edu/socialjustice/spickard.pdf.

[40] John McGarry, Brendan O’Leary (ed), op. cit., hlm. 251.

[41] Robert Norton, “Reconcling Ethnicity and Nation: Contending Discourses in Fiji’s Constitutional Reform,” The Contemporary Pacific, Volume 12, Number 1, Spring 2000, 2000, hlm. 84.

[42] Fiji Human Right Commission’’ dlm. http://www.humanrights.org.fj/race relations/race relations.htm.

[43] Susanna Tranka, op.cit., hlm. 352. Antara kawasan pedalaman yang diserang oleh pemberontak peribumi Fiji adalah seperti Muaniweni, Dawasamu, Wainibokasi, Dreketi, Korovou dan Tailevu. Sila rujuk Sanjay Ramesh, ”After 125 years, Fiji’s Indo-Fijians in Retreat.” Pacific Islands Report, 5 May 2004, http://archives.pireport.org/archive/2004/May/05-05-ana.htm.

[44] Sina Emade, op. cit., hlm.387.

[45] Susanna Tranka, op.cit., Sesungguhnya keganasan yang dilancarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini nyata telah memusnahkan infrastruktur-infrastruktur Fiji. Kebanyakan rumah, bangunan, sekolah, kuil dan masjid orang Indo-Fiji telah dibakar atau dimusnahkan. Antara Bandar yang teruk mengalami kemusnahan ini adalah seperti Suva, Naitasiri dan sebagainya.

[46] Sanjay Ramesh, Destruction of Democracy in Fiji (view point), 2002, hlm 3.

[47] Mark Tedeschi, “ Prosecuting in Paradise-Race, Politics and the Rule of Law in Fiji”, Crime, Law & Social Change 44, 2006, hlm.89.

[48] Secara teknikalnya, kem-kem perlarian ini sebenarnya merupakan suatu kawasan yang atau kem yang dihuni oleh mereka yang telah disingkirkan daripada kampung masing-masing. Susanna Tranka, op. cit.

[49] Education Fiji Island, “ Constitution of the Republic of the Fiji Island, 1997,” dlm. http://www.uis.unesco.org.

[50] Education Fiji Island, “ Constitution of the Republic of the Fiji Island, 1997,” dlm. http://www.uis.unesco.org.

[51] Isireli Senibulu, “The EFA (Education for All) 2000 Assessment: Country Reports Fiji,” dlm. http://www.unesco.org/education/welf/country/reports/ home.htm.

[52] Ibid.

[53] John Henderson, “Fiji: Coup and Conflict in Melanesia”, New Zealand International Review, Volume 25, Issue 4, 2000, hlm.1.

[54] Susanna Tranka, op. cit., hlm. 354.

[55] http://www.fijian studies.org/dload/vol1 no1/dialoguecoups in fiji.pdf

[56] John Henderson, op cit., hlm.1.



BIBLIOGRAFI

Artikel

Sanjay Ramesh. 2002. “Destruction of Democracy in Fiji ” (view point)

Buku

Danial, Lynn (ed). 2003.The Far East and Australasia 2003. Edisi ke-34, London: Europe Publication.

Lal, Victor. 1990. Fiji Coups in Paradise: Race, Politics and Military Intervention. London: Zed Books Ltd.

Lawson, Stephanie. 1991. The Failure of Democratic Politics in Fiji, Oxford: Clarendon Press.

Mayer, Adrian C. 1963. Indians in Fiji. Oxford: Oxford University Press.

McGarry, John & O’Leary, Brendan (ed). 1995. The politics of Ethnic Conflict Regulation: Case Studies of Protracted Ethnic Conflicts. New York: Routledge.

Sharpham, John. 2000. Rabuka of Fiji: The Authorised Biography of Major-General Sitiveni Rabuka, Queensland: Central University Press.

Williams, George & Gilbert, Anthony Mason. 2003, The Case That Stopped a Coup? The Rule of law in Fiji. Wellington: University of Wellington.

Ensikopedia

___________. 2005. Ensiklopedia Dunia. Jilid 7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

___________.1994. Ensiklopedia Malaysia. Jilid 4. Kuala Lumpur: An Zagain Sdn. Bhd.

Jurnal

Emade, Sina. 2005. “Feared Rumours and Rumours of fear: The Politicisation of Ethnicity during the Fiji Coup in May 2000 ”. Oceania. Volume 75. Issue 4.

Henderson, John. 2000. “Fiji: Coup and Conflict in Melanesia”. New Zealand International Review. Vol. 25. Issue 4.

Hereniko, Vilsoni. 2002. “From the Sideline: An Interview with BrijV Lal, Historian and Constitutionl Commissioner”. The Contemporary Pacific. Hawaii: University of Hawaii. Vol. 14. Number 1. Spring 2002.

Norton, Robert. 2000. “Reconcling Ethnicity and Nation: Contending Discourses in Fiji’s Constitutional Reform”. The Contemporary Pacific. Volume 12. Number 1. Spring 2000.

Tranka, Suanna. 2005. “Land, Life and Labour: Indo-Fijian Claims to Citizenship in a Changing Fiji”. Oceania. Vol. 75. Issue 4.

Tedeschi, Mark. 2006. “Prosecuting in Paradise-Race, Politics and the Rule of Law in Fiji”. Crime, Law & Social Change 44.

Internet

http://en.wikipedia.org/Kamisese Mara


http//www.fiji.gov.fj/publish/national sysbols.shtml

http//www.sangam fij.com/.../fiji-map.jpg


http//www.state.gov/r/pg/ei/bgn/1834.htm.


http://www.fijian studies.org/dload/vol1 no1/dialoguecoups in fiji.pdf


Education Fiji Island, “Constitution of the Republic of the Fiji Island, 1997”, dlm. http://www.uis.unesco.org.


Fiji Human Right Commission’’ dlm. http://www.humanrights.org.fj/race relations/race relations.htm.


Isireli Senibulu, “The EFA (Education for All) 2000 Assessment: Country Reports Fiji,” dlm. http://www.unesco.org/education/welf/country/reports/ home.htm.


Paul Spickard. “ Race and Power in Fiji.” www.education.ucsb.edu/socialjustice/spickard.pdf.

Sanjay Ramesh, ”After 125 years, Fiji’s Indo-Fijians in Retreat ”. Pacific Islands Report, 5 May 2004, http://archives.pireport.org/archive/2004/May/05-05-ana.htm.


No comments:

Post a Comment